Menteri dan timbalan menteri Kabinet daripada Umno menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kenyataan daripada 10 menteri dan 10 timbalan menteri UMNO pada Khamis itu berkata, keputusan itu secara jelas mencerminkan keterbukaan kepimpinan UMNO yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.