Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa mendedahkan keperluan minimum kerajaan untuk tablet yang akan diberikan secara percuma kepada pelajar universiti yang memerlukannya, di bawah program PerantiSiswa bernilai RM450 juta.
Annuar memberi jaminan bahawa peranti itu daripada jenama premium di pasaran dan disertai perkhidmatan selepas jualan selepas kebimbangan dibangkitkan mengenai kualiti tablet minggu lalu.
Sumber: https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA/videos/1011093109522341