Majlis Pemulihan Negara (MPN) berpandangan bahawa aplikasi MySejahtera masih perlu terus digunakan ketika negara memasuki fasa endemik Covid-19.
Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata, ia juga sesuai dengan pendapat Kementerian Kesihatan bahawa data-data MySejahtera masih diperlukan bagi pengurusan Covid-19.