PLUS Malaysia Berhad menjangkakan jumlah trafik harian boleh meningkat sehingga 25 peratus sehari ketika musim perayaan Aidilfitri.
Pengarah Urusan Plus, Datuk Azman Ismail berkata, pada hari-hari puncak bermula 29 April hingga 9 Mei, jumlah trafik harian dijangka meningkat kepada dua juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari pada ketika ini.