Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2022.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata Anwar mengulangi sejarah pemilihan parti itu pada 2018, dengan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu selepas pencalonan bagi bertanding jawatan tertinggi parti diadakan semalam.