Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menjalinkan kolaborasi bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) untuk meningkatkan capaian internet di kawasan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak kementerian juga menyasarkan untuk menyediakan kemudahan internet dan komputer di 700 buah tabika Kemas.