Koperasi Prihatin Sabah Berhad (KOPRIHATIN) bakal membangunkan sebuah sistem digital koperasi bagi membantu ahlinya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Pengerusinya, Raymond Libau berkata, sistem itu akan berfungsi dalam menyelaraskan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Antaranya ialah memudahkan aktiviti pengurusan pentadbiran, keanggotaan, perniagaan dan pembangunan.