DAP parti cauvinis? Pemilihan DAP buktikan sebaliknya - Young Syefura

KiniTV 2022-04-04

Views 1

Di sebalik kejayaan Adun Ketari Young Syefura, Kongres Kebangsaan DAP sekali lagi menyaksikan tuduhan dilemparkan terhadap parti itu yang didakwa gagal membuang sifat cauvinis Cinanya.

Hal itu kerana Young Syefura menjadi satu-satunya calon Melayu yang berjaya berada dalam senarai 30 undi tertinggi bagi mengisi kerusi dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif minggu lalu, Young Syefura bagaimanapun menyangkal label cauvinis terhadap DAP, malah berkongsi perspektif berbeza mengenai keputusan pemilihan parti berkenaan.

Share This Video


Download

  
Report form