Semua 26 Menteri Kabinet Sri Lanka letak jawatan kecuali Perdana Menteri dan Presiden susulan kegagalan mengurus krisis ekonomi yang disifatkan terburuk dekad ini.
Peletakan jawatan besar-besaran itu dibuat selepas penduduk Sri Lanka keluar ke jalanan membantah perintah darurat dan sekatan media sosial susulan krisis ekonomi yang melanda negara itu.