Walaupun kedai makan dibenarkan beroperasi 24 jam mulai 1 April, namun banyak kafe dan restoran tidak dapat mengambil peluang itu seperti sebelum pandemik COVID-19.
Tinjauan Astro AWANI di Ipoh mendapati, banyak pengusaha kedai makan mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing akibat tiada sambutan daripada pekerja tempatan.