Polis menahan tujuh individu termasuk tiga warga Vietnam dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di ibu kota dan Selangor, pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, suspek terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 32 tahun.