Wakil sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang terbabit dalam isu sumbangan vaksin COVID-19 kepada Pulau Pinang, yang didakwa satu penipuan, tampil memberi penjelasan pada Khamis.
Yong Chee Kong ketika dihubungi Astro AWANI, mengakui terkejut apabila dimaklumkan berhubung dakwaan itu.