Jumlah mangsa banjir di dua daerah iaitu Beaufort dan Tenom kekal seramai 72 orang setakat petang ini.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, semua mangsa banjir yang terbabit ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah masing-masing.