Bagi Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Dr Annuar Rapaee, keputusan itu membuka peluang kepada rakyat Sarawak menerima vaksin dengan cepat dan secara sukarela.
Bagaimanapun, katanya, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas harus diutamakan kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.