Duta besar dan utusan khas negara-negara Amerika Latin dan Caribbean memuji kesungguhan kerajaan China dalam usaha menggalakkan kestabilan dan pembangunan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Dalam sesi temu mesra di Urumqi, ibu kota Xinjiang pada Jumaat, para diplomat sependapat, hasil usaha kerajaan China, taraf hidup dan pendidikan penduduk tempatan terus meningkat, selain hak asasi manusia serta kebebasan beragama terjamin.