Majlis Agama Islam Melaka, MAIM, membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di semua masjid dan surau di seluruh negeri mengikut kapasiti premis pada 1 Syawal nanti.
Bagaimanapun, Mufti Negeri Datuk Abdul Halim Tawil menegaskan, jemaah dilarang merentas ke kariah lain jika masjid atau surau di kawasan mereka telah mencapai kapasiti penuh.