Sindiket yang dikenali sebagai 'Geng King' disyaki aktif mencuri kenderaan mewah untuk dijual ke negara jiran berjaya ditumpaskan selepas polis menahan 13 ahlinya termasuk dalang utama, antara 1 sehingga 10 Mei.
Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, dengan kerjasama BSJ IPD Jeli dan pasukan Gerakan Am Kelantan, menangkap 11 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia antara 24 hingga 54 tahun di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan.