Perubahan zaman dan kemajuan teknologi menuntut usahawan mencuba bidang baru termasuk meneroka pasaran secara digital jika ingin terus berjaya dalam perniagaan.
Menyedari hakikat itu, pengusaha kek dan kuih raya Farhana Ismail, 27, dari Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak lagi menoleh ke belakang selepas yakin dengan keberkesanan pemasaran atas talian sebaik bermula pada 2018.