Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara sama ada Perintah Kawalan Pergerakan PKP, dilaksanakan semula atau sebaliknya di negeri itu.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini, Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengemukakan analisis risiko terkini mengenai situasi COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan.