Bermula hanya menjual ketupat palas di gerai di bahu jalan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.
Kini makanan tradisional itu menjadi pendapatan tetap buat pasangan usahawan dari Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu.
Norhashimah Abd Ghani dan suaminya Mohd Faizu Enet Ghani mengimbau semula bagaimana segalanya bermula sehingga apa yang dikecapi mereka hari ini.