Peniaga burger yang dikompaun RM50 ribu kerana ingkar prosedur operasi standard terbuka menerima sebarang bantuan termasuk dari pelakon dan pengacara, Neelofa.
Ketika ditemubual secara langsung menerusi Program Cerita Astro AWANI, Wan Faisa Wan Abd Kadi akui terdapat beberapa pihak yang telah menghubunginya untuk menghulurkan bantuan sewajarnya, termasuk bantuan guaman.