Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung isu pemeriksaan datang bulan di sekolah-sekolah awam agar tampil membuat laporan polis. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, sehingga kini tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak meskipun isu terbabit hangat diperkatakan.