Hari Kesihatan Sedunia 2021 disambut buat tahun kedua berturut ditengah pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya. Menerusi tema mewujudkan dunia yang sihat dan adil, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya mengakui wujud ketidakadilan dalam sistem kesihatan dunia.