Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera membenarkan individu berusia 18 tahun untuk mengundi.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, SPR perlu mengatasi kekangan yang ada dalam usaha mengiktiraf peranan serta penglibatan golongan muda dalam politik.
SPR sebelum ini memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka dilaksanakan selepas 1 September tahun depan berbanding rancangan awal pada Julai 2020.