Seramai 287,737 individu yang merupakan kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat Ahad.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi tempoh sama, 514,306 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin covid-19 di negara kini adalah 801,733.