Seramai 264,584 individu di dalam negara yang merupakan kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat Jumaat.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi tempoh sama, 506,069 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 770,653.