Keputusan sama ada rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). Demikian jelas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu.