Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejurus keluar menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat petang Selasa.
Ia susulan waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 58 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003.