Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan pasukan penyelamat dari Indonesia dan Vietnam dalam operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan enam pemancing termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di Perairan Kemaman, sejak Isnin lalu.
Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata ia antara usaha pihaknya dalam meneruskan pencarian sekiranya bot tersebut hanyut ke perairan negara jiran.