Pencemaran udara menjadi antara faktor mengapa sesetengah kawasan merekodkan jumlah kematian akibat virus COVID-19 yang tinggi. Hasil kajian mendapati, pencemaran udara telah melemahkan sistem imun dan menyebabkan keradangan di saluran pernafasan, sekali gus menyukarkan tubuh badan menentang virus pernafasan.