Keganasan di Afghanistan bagaikan tiada titik penamat.
Terbaharu, satu lagi letupan bom berlaku di wilayah Herat sehingga menyebabkan lapan terbunuh dan 47 cedera.
Kata Rafiq Sherzain, jurucakap hospital wilayah berkenaan, kejadian letupan yang berlaku pada lewat Jumaat itu turut mengakibatkan 14 rumah rosak dengan beberapa individu kini berada dalam keadaan kritikal.