Sebuah badan bebas dikenali sebagai Jawatankuasa Tamatkan Darurat melancarkan petisyen untuk memohon agar darurat ditamatkan dengan segera.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Khalid Samad menjelaskan pihaknya merayu seluruh rakyat Malaysia yang prihatin agar menyokong usaha tersebut dengan memberikan tandatangan.
Jawatankuasa tersebut berhasrat menyerahkan tandatangan memohon darurat ditamatkan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebelum Ramadan.