Sebuah organisasi waris MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan semua rekod radar ketenteraan berkaitan MH370 bermula dari 7 Mac hingga 8 Mac 2014.
'Voice 370' yang juga sebuah kumpulan sokongan waris antarabangsa berkata, pendedahan tersebut bagi membolehkan pakar-pakar bebas antarabangsa mengesahkan dakwaan laluan pesawat berkenaan pada malam kehilangan MH370.