Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut manakala suaminya parah selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok.
Kemalangan berlaku di Kilometer 55 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Bari Kecil, Setiu kira-kira jam 2.50 pagi Sabtu.