Seorang pemuda bersama tunangnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kodien.
Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh 22 tahun berdepan dengan tujuh pertuduhan manakala pasangannya Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21 tahun berdepan dengan dua pertuduhan.