Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati.
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak konsisten, dan ‘flip-flop’ juga boleh mengakibatkan rakyat dan penguatkuasa pening kepala.