Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah bersama senjata tajam dan sepucuk pistol buatan sendiri di sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit di Batu 10 Kalabakan, Ahad lalu.
Pemeriksaan awal mendapati dua lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia berusia 40 dan 47 tahun serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.