Taman Yuanmingyuan yang juga dikenali sebagai "old summer palace" di Beijing, akan mempamerkan sejumlah 217 produk kebudayaan dan kreatif untuk dijual kepada orang awam.
Antara barangan yang akan dijual ialah miniatur patung gangsa 12 haiwan Zodiak, air pancut dan ikan batu yang menjadi struktur ikonik istana itu sebelum dijarah dan dibakar oleh pasukan penceroboh Anglo-Perancis ketika perang candu kedua pada tahun 1860.