Hasrat seorang pelajar cemerlang yang menerima tawaran melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara dalam bidang perakaunan terpaksa dilupakannya kerana kekangan kewangan.
Bekas pelajar Kolej Profesional MARA, KPM Kuantan yang berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif, CGPA 3.9 menitiskan air mata kerana gagal menduduki peperiksaan International English Language Testing System, IELTS yang perlu dibayar dengan harga 800 ringgit Oktober lepas untuk melanjutkan pelajaran.