Minyak Masak | Kilang bungkus semula minyak diserbu KPDNHEP

AWANI 2022-03-22

Views 0

Tindakan pemilik kilang di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang membungkus semula minyak masak bersubsidi untuk jualan kepada pelanggan menerima padah.
Apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.
Dalam serbuan di dua premis, sebanyak, 7771 plastik minyak masak bersubsidi, dan 617 botol minyak masak bernilai RM27,000 dirampas manakala pemilik dan pekerja ditahan untuk soal siasat.

Share This Video


Download

  
Report form