Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew akui sebak dan terharu sebaik menerima sumbangan RM200,000 daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi misi bantuannya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ebit Lew turut menzahirkan rasa bersyukur apabila Tunku Ismail memberi kata semangat dan mendoakan segala urusannya.