Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka akan kemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua adik-beradik kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Jumaat lepas.
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar berkata permohonan itu akan dibuat pada Isnin bagi memastikan kebajikan dua beradik tersebut terpelihara.