Truecapital Asia Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian aliran tunai terkemuka, telah melancarkan Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sebuah hab sehenti bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik.
Pusat itu terdiri daripada tiga bidang yang merangkumi tenderniaga.com, juangtv.com termasuk kerjasama strategik dengan kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Pemulihan Krisis COVID-19 dan bagaimana ia dapat membantu PKS di era pandemik ini kita bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Truecapital, Syed Zed Syed Mustafa.