Malaysia mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus bagi 2021.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam temu bual bersama Bloomberg berkata, sasaran itu masih sama walaupun negara melaksanakan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.