Walaupun sudah mencecah usia 95 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi aktif menjalankan tugas harian. Perkara utama yang diamalkan Dr Mahathir sejak dari usia muda adalah tidak makan terlalu banyak. Ini kerana jelasnya, makan berlebihan dapat meningkatkan risiko tekanan kepada jantung.