Britain pula akan beri suntikan vaksin kepada semua kumpulan warga dewasanya menjelang musim luruh.
Setiausaha Kesihatannya, Matt Hancock memaklumkan bahawa matlamat kerajaan adalah untuk memberi vaksin kepada 15 juta warganya pada pertengahan Februari, dengan keutamaan kepada yang berusia lebih dari 70 tahun, pekerja kesihatan dan mereka yang berisiko dijangkiti virus.