KKM hari ini melaporkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di Daerah Kota Bharu.
Sehingga kini, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang ketara di dua mukim iaitu Mukim Peringat dan Mukim Kota.
Dua mukim ini telah menyumbangkan kes tertinggi di daerah Kota Bharu yang melibatkan 2 kluster utama iaitu Kluster Halban dan Kluster Pintu Geng.