Syarikat pengeluar vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat sedang menjalankan ujian terhadap varian terbaharu virus COVID-19 yang melanda United Kingdom ketika ini.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, syarikat itu memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk menentukan keberkesanan vaksin terhadap varian baharu COVID-19.