Kejayaan Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah dalam mendidik dan mengasuh lima anak lelaki ketika bergelar ibu tunggal dalam usia muda antara cerminan sifat seorang ibu mithali.
Bekas Prof Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzu berkata, perkara itu boleh dinilai menerusi kejayaan kelima-lima anak Allahyarham dimana salah seorang daripadanya merupakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.