Pemain sayap skuad bawah 15 tahun remaja wanita kebangsaan, Celine Chuang mencipta sejarah apabila menjadi pemain bola sepak wanita pertama negara beraksi di salah satu kelab bola sepak gergasi Jerman, FC Bayern Munich.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia, Celine 15 tahun beraksi untuk skuad kedua B-17 remaja wanita FC Bayern Munich sejak Julai lalu.